• Utama
  • AL-MUQADDIMAH
  • HARI 1
  • HARI 2
  • HARI 3
  • HARI 4
  • HARI 5
  • HARI 6
  • HARI 7
  • HARI 8
  • HARI 9
  • HARI 10

HADIS-HADIS HARIAN

BAHAN TARBIAH KELUARGA

Feeds:
Kiriman
Komen-komen

HARI 2

KELEBIHAN-KELEBIHAN MENELITI AL-QURAN

 

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda (yang maksudnya):

 

            “Seorang mukmin yang membaca Al Quran adalah seumpama buah limau yang mempunyai bau yang sedap dan rasa yang manis.”

(Bukhari, Muslim dll)

 

Sabda baginda dalam hadith yang lain pula:

 

            “(Manusia) yang paling baik di kalangan kamu ialah (mereka) yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.”

(Bukhari, Abu Daud dll)

 

Huraian hadith:

 

          Kita sentiasa mahukan yang terbaik. Menurut hadith di atas, golongan yang terbaik dalam kalangan manusia ialah orang-orang yang berusaha untuk mempelajari Al Quran dan seterusnya mengajar pula kepada yang lain (*tidak terhad kepada belajar dan mengajar membaca sahaja). Inilah manusia yang terbaik di sisi Islam. Oleh itu, untuk disenaraikan sebagai manusia yang terbaik, mahu tidak mahu terpaksalah kita belajar Al Quran. Sangatlah rugi golongan manusia yang tidak mengambil endah tentang Al Quran kerana mereka langsung tidak layak untuk menjadi yang terbaik di sisi Islam walau sebesar manapun pangkat dan kekayaannya.

 

Sabda baginda lagi dalam hadith yang lain:

 

          “Seorang yang mahir dalam Al Quran akan berada di kalangan para malaikat, yang mana para malaikat itu merupakan para pencatat yang mulia dan benar, dan seorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya, akan mendapat ganjaran dua kali ganda.”

(Bukhari, Muslim dll)

 

Huraian hadith:

 

          Hadith di atas adalah satu berita gembira kepada para pelajar Al Quran. Orang-orang yang telah mahir dengan Al Quran akan diletakkan setanding dengan makhluk-makhluk yang tidak pernah berbuat dosa iaitu para malaikat. Duduk semeja dengan sultan atau para pembesar negara pun sudah membuatkan kita terasa begitu bangga. Apatah lagi jika kita diletakkan dalam kalangan para malaikat.

 

          Berita gembira ini juga diberi kepada mereka yang tidak tahu membaca Al Quran. Orang-orang yang tersangkut-sangkut bacaannya diberi pula ganjaran dua kali ganda. Satu ganjaran membaca dan satu lagi ganjaran berusaha. Alangkah seronoknya belajar Al Quran! Alangkah Pengasihnya Allah kepada kita! Mereka yang sudah tahu turut mendapat ganjaran dua kali ganda ini sewaktu mereka belajar dahulu.

 

Begitu juga dengan hadith berikut:

 

            “Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

(Abu Daud & Ahmad)

 

Huraian hadith:

 

          Jasa kedua ibu bapa kita memang mustahil untuk kita balas. Walau sehebat mana usaha kita untuk membalas budi baik mereka, ia tidak akan memadai. Oleh itu, tidakkah kita ingin memberikan kepada mereka suatu hadiah yang paling istimewa? Alangkah seronoknya mereka pada hari akhirat kelak kerana secara tiba-tiba sahaja mereka dipakaikan mahkota yang jauh lebih bersinar daripada matahari, iaitu hadiah daripada anak mereka yang rajin membaca dan beramal dengan Al Quran. Marilah kita sama-sama menjadikan Al Quran budaya hidup kita. Bacalah ia setiap hari walaupun sedikit.

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Like this:

Like Memuat...

  • Laman

    • AL-MUQADDIMAH
    • HARI 1
    • HARI 10
    • HARI 2
    • HARI 3
    • HARI 4
    • HARI 5
    • HARI 6
    • HARI 7
    • HARI 8
    • HARI 9
  • SEJAK 10 JAN 2007

    • 59,762 KALI
  • KARYA-KARYA AKAN DATANG

    *MENGAPA KITA TIDAK MEMILIH SELAIN ISLAM? *APA AJARAN JESUS YANG SEBENAR? *HARIS FATWA- MIMPI TUJUH MALAM *DAKWAH TAJDID SEBENAR
  • MAKLUMAN

    Tulisan-tulisan ini pada hakikatnya adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern). Ia HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

Blog di WordPress.com.

WPThemes.


Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
  • Ikut Following
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Already have a WordPress.com account? Log in now.
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Ubah suai
    • Ikut Following
    • Daftar
    • Log masuk
    • Copy shortlink
    • Report this content
    • View post in Reader
    • Manage subscriptions
    • Collapse this bar
%d bloggers like this: