• Utama
  • AL-MUQADDIMAH
  • HARI 1
  • HARI 2
  • HARI 3
  • HARI 4
  • HARI 5
  • HARI 6
  • HARI 7
  • HARI 8
  • HARI 9
  • HARI 10

HADIS-HADIS HARIAN

BAHAN TARBIAH KELUARGA

Feeds:
Kiriman
Komen-komen

HARI 3

KELEBIHAN-KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

 

“Solat secara berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih baik daripada solat secara bersendirian.”

(Bukhari, Muslim, Turmizi dll)

 

Huraian hadith:

 

          Orang Islam yang bijak tentulah akan berusaha untuk sembahyang berjemaah di masjid atau pun surau kerana sangat besar ganjaran dan kasih sayang Allah dalam hal ini. Orang yang sembahyang berseorangan di rumah hanya mendapat satu bahagian pahala sedangkan mereka yang pergi berjemaah mendapat 27 kali lebih banyak bahagian pahala tersebut.  

 

          Untuk memudahkan pemahaman, bolehlah kita buat satu contoh.

 

          Pada suatu hari, pemerintah telah membuat tawaran kepada sesiapa yang pergi solat berjemaah ke masjid atau surau akan dibayar RM 27 untuk satu waktu, dan sesiapa yang sembahyang di rumah pula hanya dibayar RM 1 sahaja untuk satu waktu. Manakah yang akan kita pilih?

 

          Bayangkan, seandainya kita solat berjemaah lima waktu sehari semalam maka kita akan memperolehi gaji sebanyak RM 135 untuk sehari sedangkan mereka yang sembahyang di rumah pula hanya mendapat gaji RM 5 sahaja untuk sehari. Mana yang akan kita pilih? Sembahyang di rumah ataupun pergi berjemaah?

 

Kalaulah betul sebegini, sudah tentu ibu bapa akan memaksa dan memukul anak-anak mereka agar pergi solat berjemaah. Malangnya manusia lebih nampak besarnya duit berbanding pahala. Sebab itulah ibu bapa sekarang tidak berasa rugi sedikitpun kalau anak-anak mereka tidak pergi solat berjemaah. Tapi kalau dibayar RM 135 sehari, jangankan orang lelaki, orang perempuan pun akan berlumba-lumba ke masjid dan surau.

 

          Sudah semestinyalah kita sebagai orang-orang yang tahu akan hal ini, membuat pilihan yang bijak iaitu mencari gaji RM 135 sehari berbanding orang kurang bijak yang mencari hanya RM 5 sahaja untuk sehari.

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

 

            “Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.”

(Bukhari)

 

          Alangkah besarnya kasih sayang dan ganjaran yang Tuhan sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang pergi solat berjemaah! Setiap satu langkah kita ke masjid/ surau akan mendapat satu pahala dan menghapuskan satu dosa. Allah Maha Berkuasa untuk mengira langkah kita walaupun kita pergi dengan menaiki kenderaan. Kalau kita berjalan 200 langkah, maka dapatlah 200 pahala dan terhapus pula 200 dosa.

 

          Namun begitu, untuk mendapatkan semua ganjaran ini, maka hendaklah kita mengambil wuduk siap-siap di rumah. Kalau kita mati di pertengahan perjalanan pun, kita mati dalam keadaan berwuduk.

 

Dalam sebuah hadith yang terkenal, Rasulullah s.a.w bersabda:

 

            “Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (iaitu pada Hari Akhirat). (Salah satunya ialah) seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.”

 

(Bukhari & Muslim)

 

          Kalau kita rajin ke masjid/ surau, sudah tentu kita akan termasuk ke dalam golongan mereka yang akan mendapat naungan Allah.

 

Akhirnya, dalam sebuah hadith lain, pesan baginda s.a.w lagi:

 

            “Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid.”

(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Like this:

Like Memuat...

  • Laman

    • AL-MUQADDIMAH
    • HARI 1
    • HARI 10
    • HARI 2
    • HARI 3
    • HARI 4
    • HARI 5
    • HARI 6
    • HARI 7
    • HARI 8
    • HARI 9
  • SEJAK 10 JAN 2007

    • 59,762 KALI
  • KARYA-KARYA AKAN DATANG

    *MENGAPA KITA TIDAK MEMILIH SELAIN ISLAM? *APA AJARAN JESUS YANG SEBENAR? *HARIS FATWA- MIMPI TUJUH MALAM *DAKWAH TAJDID SEBENAR
  • MAKLUMAN

    Tulisan-tulisan ini pada hakikatnya adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern). Ia HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

Create a free website or blog at WordPress.com.

WPThemes.


Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
  • Ikut Following
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Already have a WordPress.com account? Log in now.
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Ubah suai
    • Ikut Following
    • Daftar
    • Log masuk
    • Copy shortlink
    • Report this content
    • View post in Reader
    • Manage subscriptions
    • Collapse this bar
%d bloggers like this: