• Utama
  • AL-MUQADDIMAH
  • HARI 1
  • HARI 2
  • HARI 3
  • HARI 4
  • HARI 5
  • HARI 6
  • HARI 7
  • HARI 8
  • HARI 9
  • HARI 10

HADIS-HADIS HARIAN

BAHAN TARBIAH KELUARGA

Feeds:
Kiriman
Komen-komen

HARI 4

KECELAAN SENGAJA TIDAK PERGI SOLAT BERJEMAAH

 

Sebuah hadith mengatakan:

 

            “Seandainya seorang (lelaki) itu tidak pergi ke masjid padahal dia telah mendengar azan tanpa sesuatu uzur syar’i yang kuat maka solatnya (di rumah) tidak akan diterima.”

(Abu Daud & Ibnu Majah)

 

Huraian hadith:

 

          Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w memberi amaran kepada orang lelaki supaya pergi solat berjemaah ke masjid / surau. Ini kerana jika mereka sengaja sembahyang di rumah, solat mereka tidak akan dikira. Alangkah ruginya kita  tunggan -terbalik mengerjakan ibadah sembahyang lima kali sehari semalam tetapi sembahyang kita tidak diterima. Janganlah kita melakukan kerja sia-sia.

 

Dalam sebuah hadith lain:

 

            “Kalau seseorang itu ingin menemui Allah pada hari Hisab (hari perhitungan) sebagai seorang Muslim, dia mestilah bersembahyang di tempat azan dilaungkan iaitu di masjid (ataupun surau).”

(Muslim & Abu Daud)

 

Huraian hadith:

 

          Hadith ini menceritakan pula kedudukan seseorang pada hari akhirat kelak, setelah kita semua dihidupkan semula untuk kedua kalinya. Jika kita hendak bertemu dengan Allah sebagai seorang Islam, maka kita hendaklah solat berjemaah di masjid/ surau. Kita bimbang kalau-kalau kita tidak diiktiraf sebagai seorang Islam pada hari tersebut semata-mata kerana kita suka bersembahyang di rumah. Jika tidak diakui sebagai seorang Muslim, maka nerakalah tempatnya. Alangkah ruginya orang-orang yang sengaja bersembahyang di rumah.

 

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:

 

            “Aku ingin menyuruh budak-budak mengumpul kayu api banyak-banyak untukku dan kemudian aku hendak pergi dari rumah-ke rumah orang-orang yang (senagaja) solat di rumah masing-masing tanpa sesuatu uzur lalu membakarnya.”

(Muslim)

 

Huraian hadith:

 

          Lihatlah betapa pentingnya solat berjemaah bagi orang lelaki hinggakan kalau boleh Nabi Muhammad s.a.w hendak pergi membakar rumah-rumah lelaki Islam yang sengaja tidak datang ke masjid/ surau. Kalau sampai begitu serius sekali tuntutan solat berjemaah ini, masihkah kita buat hirau tak hirau saja?

 

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

 

            Sesungguhnya dua solat ini (iaitu solat berjemaah Isya’ dan Subuh) merupakan solat yang paling berat bagi orang-prang munafik. Seandainya kamu tahu pahala yang ada dalam dua solat ini, pasti kamu akan berlumba-lumba mendatanginya walaupun (kamu) terpaksa merangkak.”

(Abu Daud & An Nasa’i)

 

Huraian hadith:

 

          Tidak ada siapa pun yang tahu sebesar manakah ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang datang berjemaah. Seandainya kita tahu, sakit seteruk manapun pasti kita akan pergi walaupun terpaksa merangkak. Hanya mereka yang dipilih oleh Tuhan saja yang dapat menunaikan tuntutan sebegini. Semoga kita termasuk ke dalam golongan itu.

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Like this:

Like Memuat...

  • Laman

    • AL-MUQADDIMAH
    • HARI 1
    • HARI 10
    • HARI 2
    • HARI 3
    • HARI 4
    • HARI 5
    • HARI 6
    • HARI 7
    • HARI 8
    • HARI 9
  • SEJAK 10 JAN 2007

    • 59,762 KALI
  • KARYA-KARYA AKAN DATANG

    *MENGAPA KITA TIDAK MEMILIH SELAIN ISLAM? *APA AJARAN JESUS YANG SEBENAR? *HARIS FATWA- MIMPI TUJUH MALAM *DAKWAH TAJDID SEBENAR
  • MAKLUMAN

    Tulisan-tulisan ini pada hakikatnya adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern). Ia HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

Create a free website or blog at WordPress.com.

WPThemes.


Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
  • Ikut Following
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Already have a WordPress.com account? Log in now.
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Ubah suai
    • Ikut Following
    • Daftar
    • Log masuk
    • Copy shortlink
    • Report this content
    • View post in Reader
    • Manage subscriptions
    • Collapse this bar
%d bloggers like this: