• Utama
  • AL-MUQADDIMAH
  • HARI 1
  • HARI 2
  • HARI 3
  • HARI 4
  • HARI 5
  • HARI 6
  • HARI 7
  • HARI 8
  • HARI 9
  • HARI 10

HADIS-HADIS HARIAN

BAHAN TARBIAH KELUARGA

Feeds:
Kiriman
Komen-komen

HARI 5

HADITH-HADITH TENTANG AL MAHDI

 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang maksudnya):

 

            “Dunia ini tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku (iaitu Muhammad bin Abdullah) memerintah seluruh bangsa Arab.”

(Turmizi)

 

Huraian hadith:

 

          Nabi Muhammad telah menjanjikan bahawa pada akhir zaman nanti pasti akan datang seorang pemimpin/ khalifah dunia Arab yang bernama Muhammad bin Abdullah, sama dengan nama baginda. Jika kebangkitan Islam kali pertama dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah, maka kebangkitan kali kedua juga akan dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah.

 

          Sekarang sudah akhir zaman. Kalau diizinkan Tuhan, insyaallah kita akan sempat bertemu dengan beliau.

 

“Jika tinggal cuma sehari saja lagi sebelum Qiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan seorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan.”

(Abu Daud)

 

Huraian hadith:

 

          Kedatangan pemimpin ini akan membawa keamanan sejagat. Dia akan memerintah dunia ini dengan adil. Tidak ada lagi penindasan seperti yang dialami oleh umat Islam seluruh dunia pada hari ini. Ketika itu semua musuh-musuh Islam akan ditundukkan.

 

            “Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja.”

(Ibnu Majah)

 

          “Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah

(Ibnu Majah & Abu Daud)

 

          “Al Mahdi itu adalah daripada kaum keluargaku, daripada keturunan Fatimah.”

(Ibnu Majah)

 

          “ Al Mahdi itu adalah salah seorang daripada kami, dari kalangan Ahlulbait (keturunan Nabi).”

(Ibnu Majah)

 

Huraian hadith:

 

          Dari seni jelaslah bahawa gelaran Muhammad bin Abdullah yang kedua ini ialah Al Mahdi, atau lebih dikenali d kalangan orang-orang Melayu sebagai Imam Mahadi. Beliau adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w.

 

            “Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan  kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”

(Abu Daud)

 

Huraian hadith:

 

          Marilah kita sama-sama berdoa agar kita sempat hidup semasa pemerintahan Al Mahdi nanti, malah berjuang bersama-sama dengannya.

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Like this:

Like Memuat...

  • Laman

    • AL-MUQADDIMAH
    • HARI 1
    • HARI 10
    • HARI 2
    • HARI 3
    • HARI 4
    • HARI 5
    • HARI 6
    • HARI 7
    • HARI 8
    • HARI 9
  • SEJAK 10 JAN 2007

    • 59,762 KALI
  • KARYA-KARYA AKAN DATANG

    *MENGAPA KITA TIDAK MEMILIH SELAIN ISLAM? *APA AJARAN JESUS YANG SEBENAR? *HARIS FATWA- MIMPI TUJUH MALAM *DAKWAH TAJDID SEBENAR
  • MAKLUMAN

    Tulisan-tulisan ini pada hakikatnya adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern). Ia HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

Create a free website or blog at WordPress.com.

WPThemes.


Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
  • Ikut Following
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Already have a WordPress.com account? Log in now.
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Ubah suai
    • Ikut Following
    • Daftar
    • Log masuk
    • Copy shortlink
    • Report this content
    • View post in Reader
    • Manage subscriptions
    • Collapse this bar
%d bloggers like this: