• Utama
  • AL-MUQADDIMAH
  • HARI 1
  • HARI 2
  • HARI 3
  • HARI 4
  • HARI 5
  • HARI 6
  • HARI 7
  • HARI 8
  • HARI 9
  • HARI 10

HADIS-HADIS HARIAN

BAHAN TARBIAH KELUARGA

Feeds:
Kiriman
Komen-komen

HARI 6

KELEBIHAN-KELEBIHAN BERJIHAD

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

         

“Menjaga perbatasan perang sehari semalam, adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beribadah di dalamnya, dan jika ia meninggal di tempat itu, maka pahalanya akan mengalir kepadanya (sampai akhir zaman), dan akan dialirkan rezekinya, serta aman daripada fitnah-fitnah (kubur).”

(Muslim, Turmizi, Nasa’i & Tabrani)

 

Huraian hadith:

 

          Begitulah besarnya ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah untuk para pejuang Islam yang berperang untuk Islam. Menjaga perbatasan perang untuk sehari semalam saja pun sudah melebihi ibadah puasa sebulan. Bagaimana pula kalau perang itu memakan masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun? Dan sekiranya kita gugur syahid di medan perang tersebut, pahala akan berterusan mengalir kepada kita. Tambahan pula, kita dijamin lepas daripada siksa kubur.

 

          Namun untuk mendapat ini semua, di samping berperang, kita mestilah seorang yang beriman dengan mengerjakan semua suruhan Tuhan yang termampu dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.

 

Dalam hadith yang lain pula berbunyi:

 

“Barangsiapa yang mempersiapkan seseorang untuk berperang, maka dia benar-benar telah mendapat pahala seperti pergi berperang. Barangsiapa yang menjaga dan memelihara keluarga orang yang pergi berperang dengan baik, maka dia juga benar-benar telah mendapat pahala pergi berperang.”

(Bukhari, Muslim, Abu Dauid, Turmizi & Nasa’i)

 

Huraian hadith:

 

          Rupa-rupanya, jika kita tolong menyiapkan segala kelengkapan perang untuk seseorang itu, kita akan beroleh pahala sama seperti pergi berperang juga. Dan kalau kita tolong mengambil berat akan hal keluarga mereka yang pergi berperang, seperti itu juga pahalanya.

 

Baginda juga pernah bersabda:

 

“Tidaklah akan tersentuh api neraka, kedua kaki seorang hamba yang pernah terkena debu dalam peperangan di jalan Allah.”

(Bukhari, Nasa’i & Turmizi)

 

Huraian hadith:

 

          Alangkah beruntungnya orang-orang yang pernah berperang pada jalan Allah! Kaki mereka tidak akan dapat disentuh oleh api neraka kerana debu-debu yang pernah melekat akan menjadi pelindung yang ajaib.  Semoga suatu hari nanti kita pula yang akan dipilih oleh Allah untuk berperang jihad. Namun perlu diingat, bukan semua peperangan hari ini itu diiktiraf sebagai berperang pada jalan Allah.

 

            “Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu terletak di bawah naungan pedang-pedang (senjata).”

(Muslim & Turmizi)

 

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan tiga golongan ke dalam syurga kerana satu busur panah (selaras senjata):

  1. Pembuatnya yang mengharapkan pahala daripada Allah semata-mata.
  2. Orang (Islam) yang menggunakannya
  3. Pemanah (penembak Islam) yang terkena panah (tembak)

(Abu Daud)

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Like this:

Like Memuat...

  • Laman

    • AL-MUQADDIMAH
    • HARI 1
    • HARI 10
    • HARI 2
    • HARI 3
    • HARI 4
    • HARI 5
    • HARI 6
    • HARI 7
    • HARI 8
    • HARI 9
  • SEJAK 10 JAN 2007

    • 59,762 KALI
  • KARYA-KARYA AKAN DATANG

    *MENGAPA KITA TIDAK MEMILIH SELAIN ISLAM? *APA AJARAN JESUS YANG SEBENAR? *HARIS FATWA- MIMPI TUJUH MALAM *DAKWAH TAJDID SEBENAR
  • MAKLUMAN

    Tulisan-tulisan ini pada hakikatnya adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern). Ia HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

Create a free website or blog at WordPress.com.

WPThemes.


Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
  • Ikut Following
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Already have a WordPress.com account? Log in now.
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Ubah suai
    • Ikut Following
    • Daftar
    • Log masuk
    • Copy shortlink
    • Report this content
    • View post in Reader
    • Manage subscriptions
    • Collapse this bar
%d bloggers like this: