• Utama
  • AL-MUQADDIMAH
  • HARI 1
  • HARI 2
  • HARI 3
  • HARI 4
  • HARI 5
  • HARI 6
  • HARI 7
  • HARI 8
  • HARI 9
  • HARI 10

HADIS-HADIS HARIAN

BAHAN TARBIAH KELUARGA

Feeds:
Kiriman
Komen-komen

HARI 8

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN 1

 

Sabda Rasululllah s.a.w:

 

          “Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku (nanti) beberapa kelompok manusia yang akan menghalalkan zina, sutera (kepada kaum lelaki), arak dan muzik.”

(Bukhari)

 

Huaraian hadith:

 

          Kata Nabi Muhammad, suatu ketika nanti akan ada sebahagian daripada umat Islam yang menghalalkan perkara-perkara yang haram. Mereka tahu zina itu haram, sutera itu haram untuk lelaki, arak itu haram dan muzik yang melalaikan itu haram namun untuk memuaskan nafsu  mereka membuat bermacam-macam alasan untuk menghalalkan semua itu. Berusahalah agar kita tidak termasuk ke dalam golongan ini.

 

Sabda baginda:

 

          “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelup rambut mereka dengan warna hitam seperti bulu burung merpati yang mana mereka itu tidak akan mencium bau syurga.”

(Abu Daud & An Nasa’i)

 

Huraian hadith:

 

          Dewasa ini, bukan setakat warna hitam sahaja, tetapi rambut manusia terutamanya wanita telah diwarna-warnikan lalu dipamerkan. Awas! Mungkin inilah golongan yang tidak akan dapat mencium bau syurga sekalipun, apatah lagi untuk masuk syurga.

 

Pesan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang lain:

 

          “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (pemerintah) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.”

(Muslim)

 

Huraian hadith:

 

          Kedua-dua golongan ini tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana belum pernah dilihat baginda. Ini bermakna ia akan wujud kemudian, iaitu pada zaman sekarang. Golongan pertama ialah golongan pemerintah yang zalim. Golongan ini menghukum orang mengikut suka hati mereka. Golongan kedua pula ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah telanjang kerana ketatnya pakaian mereka dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Mereka berjalan dengan gaya yang menarik perhatian. Kata Nabi, perempuan yang bersanggul saja pun sudah tidak dapat mencium bau syurga, bagaimana pula dengan perempuan yang rambutnya berfesyen? Tentulah lebih hebat lagi.

 

Dalam hadith yang lain pula berbunyi:

 

          “Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum khamar (arak) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka minum) sambil dialunkan dengan alunan muzik dan suara para artis.”

(Ibnu Majah)

 

Huraian hadith:

 

          Kini khamar mempunyai pelbagai nama dan rupa warna. Ada orang Islam yang minum khamar dan menamakannya ubat, sedangkan Nabi Muhammad telah memberi amaran bahawa arak sama sekali tidak akan menjadi ubat malah menambahkan penyakit. Di mana ada arak, di situ biasanya ada lagu-lagu yang melalaikan. Di mana ada muzik melalaikan dan artis, di situ biasanya akan ada arak. Jangan sampai kita menyokong salah satu daripada arak atau pun muzik yang melalaikan. Ikutlah nasihat pemimpin agung kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Like this:

Like Memuat...

  • Laman

    • AL-MUQADDIMAH
    • HARI 1
    • HARI 10
    • HARI 2
    • HARI 3
    • HARI 4
    • HARI 5
    • HARI 6
    • HARI 7
    • HARI 8
    • HARI 9
  • SEJAK 10 JAN 2007

    • 59,762 KALI
  • KARYA-KARYA AKAN DATANG

    *MENGAPA KITA TIDAK MEMILIH SELAIN ISLAM? *APA AJARAN JESUS YANG SEBENAR? *HARIS FATWA- MIMPI TUJUH MALAM *DAKWAH TAJDID SEBENAR
  • MAKLUMAN

    Tulisan-tulisan ini pada hakikatnya adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern). Ia HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

Blog di WordPress.com.

WPThemes.


Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
  • Ikut Following
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Already have a WordPress.com account? Log in now.
    • HADIS-HADIS HARIAN
    • Ubah suai
    • Ikut Following
    • Daftar
    • Log masuk
    • Copy shortlink
    • Report this content
    • View post in Reader
    • Manage subscriptions
    • Collapse this bar
%d bloggers like this: